Catatan semakin terkini apabila halaman ini semakin ke atas...

...::Sabtu, 27 September 2003::...

Aku ingatkan takde orang yang nak lawat laman jurnal aku lagi, tapi rupa-rupanya aku silap. Hari ni aku check kat gesbuk aku dan ada dua coretan iaitu dari Saiful dan Kak Insyirah. Aku ucapkan terima kasih kepada kalian kerana sudi menyelami liku-liku kehidupanku. Sebelum aku terlupa, sebenarnya aku akan pulang ke hostel esok iaitu hari Ahad. Sepatutnya hari Khamis tapi ada problem sikit, so di'transfer' ke hari Ahad. Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak Insyirah atas nasihat yang sangat berharga itu, Insya-Allah, kata-kata akak itu akan saya semat dalam diri saya. Memang benar kata akak. As a man, I have to be strong enough to face all the problems in this world. Thanks akak! Dan terima kasih kepada para pembaca yang sudi mendoakan kesihatan mak aku. Dulu denggi, sekarang kuku, dan berkat doa kalianlah dia masih mampu untuk terus berdiri di atas bumi yang fana ini. Hari ini, lepas hantar akak angkat aku ke Bengkel BI SPM (my family adopted a 'kakak') dengan mak tiri aku dan adik-adik aku, kami pergi KFC dan lunch di rumah. Lepas tu, aku pergi potong rambut dan tetiba hujan turun dengan lebatnya. Aku pun redah hujan tu dengan adik bongsu aku dan adik tiri aku. Balik rumah, mak aku ngan adik kedua aku tengah tengok Koi... Mil Gaya. Lepas habis nengok filem tu, mandi dan ambik akak aku dari bengkel tu. Yang kesiannya, aku tersilap jalan dan apa lagi, kena hamuk lah dengan mak aku kat dalam kereta... Kesian aku... Tapi aku redha, pasal memang salah aku. Aku silap bagi direction. Dahlah jari mak aku sakit. Aku harap sangat dia cepat sembuh dari sakit tu. Kesian aku tengok dia... Rasa loya ada... Rasa kesian ada... Rasa sedih pun ada... Macam-macam rasalah... Hehe... Ohya... Bulan puasa dah dekat. Macam mana dengan persiapan korang semua? Mak aku, Insya-Allah akan menjual di Bazaar Ramadhan Seksyen 28 Shah Alam. Gerai nombor berapa belum diketahui lagi. Insya-Allah bila dah tahu aku akan maklumkan. Jangan lupa datang ye? Hehe...Macam promosi pulak... Apa khabar agaknya dengan rakan-rakan penulis yang lain. Masih ada yang belum dikhabarkan beritanya. Aku rindu suasana masa puasa hari tu. Rasa seronok bila menulis jurnal tatkala dinihari dan esoknya dilawati oleh beberapa hamba Allah. Bila baca balik jurnal lama kat adiezwan.blogspot.com ngan kat MLLK ni, terasa bagai baru beberapa minggu berlalu. Oh... indahnya suasana ketika itu... Masih segar dalam ingatanku ini... Hehe... Salam mesra dari aku, Zuan2003...-11.02 malam KIK™

...::Jumaat, 26 September 2003::...

Aku rasa amat gembira hari ini. Kenapa? Pasal sahabat internet aku dari Filipina, Ruzzel Sabingan benar-benar seorang sahabat yang baik kerana banyak menasihati aku sepanjang aku menghadapi pelbagai masalah ni. Thanks Ruzzel! Aku banyak gak belajar Bahasa Filipina daripada dia. Hari ni tak buat apa-apa sangat. Pagi tadi, lepas balik makan kat Brutal Cafe ngan mak dan akak aku, aku tengok Koi...Mil Gaya. Tapi sebelum tu aku tolong menenangkan perasaan mak aku yang sedih dan sakit sebab kuku dia tercabut. Kesian dia. Kuku dia tercabut sebab terkena pisau slice timun dari Smart Shop tu. Semoga mak aku cepat sembuh. Lepas tu, tengok Pangako Sayo yang bermaksud This Is My Promise For You. Ptg pula, makan dan tidur jap. Lepas tu tadi telefon kawan lama aku, Izni. Tu jelah. Aku kat CC ni pasal internet ayah aku dah tak langgan. Lagipun aku nak tengok Charmed. Doakan kesejahteraan aku sentiasa. Peace brother! Magandang Gabi (Selamat Malam-Filipina)-10.30 malam KIK™

...::Rabu, 24 September 2003::...

Kan aku dah cakap... hidup ini penuh berliku. Belum pun selesai masalah yang melanda aku, satu lagi masalah yang agak menyeksa diriku telah pun tiba. Tadi aku baru check mailbox aku dan 'teman' aku hantar e-mail kat aku. Apa yang aku risaukan telah pun tiba. Mungkin ada pembaca dewasa yang akan kata "Alah... biasalah tu,dik... Adik kecik lagi, nanti bila besar, blablabla....". Tapi, aku juga punya hati dan perasaan. Dia anggap aku tak mempedulikan dia dan dia minta sesuatu yang memang berat untuk aku persetujuinya. Aku benar-benar kecewa pada hari ini. Kalau dia ada kat depan aku, hmm.. ntahlah... Sedihnya... Aku harap dia akan beri aku second chance coz dialah inspirasi aku untuk belajar. Walaupun kami lain sekolah, tapi aku tetap anggap dia macam satu sekolah ngan aku. Dahlah periksa dah nak start...-10.15 malam KIK™

...::Selasa, 23 September 2003::...

Assalamualaikum... Hidup ini umpama pelayaran yang tidak berkesudahan. Selagi mana kita masih berlayar, semakin banyak liku-liku yang perlu kita hadapi. Bezanya, liku-liku dalam pelayaran di laut macam ombak yang kuat, ribut dan kegelapan malam, tapi liku-liku dalam pelayaran kehidupan lagi hebat. Aku akui kebenaran kata-kata itu kerana kini aku sedang melalui liku yang paling hebat dalam diri aku. Aku sebenarnya ada perselisihan faham sikit dengan 2 orang rakan aku di sekolah. Tapi kerana terlalu mengikut kata hati, mereka telah tersalah tafsir perbuatan aku dan mendapat sokongan beberapa rakan lain sehingga menyebabkan aku seperti seorang pesalah yang benar-benar bersalah. Ini menyebabkan aku betul-betul tertekan. Tapi, ayah aku pula telah menyalahtafsirkan apa yang berlaku. Ayah aku kata aku sedang menghadapi masalah remaja. Mungkin benar... Tapi hakikatnya, aku ingin meminta untuk bertukar sekolah bukan kerana seorang perempuan (yang merupakan salah seorang daripada orang yang telah berselisih faham dengan aku). Bukan kerana aku takut untuk menghadapi dia. Aku pun memang dah lama tak tegur dia (Astaghfirullah...). Nak buat macam mana... Keadaan memaksa... Tapi aku juga agak tertekan dalam akademik kerana secara jujur, aku tidak dapat membawa subjek Arab. Bukan aku tak nak belajar tapi aku memang susah nak faham. Bayangkanlah kat sekolah aku je ada subjek Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, dan Perancis. Memang bagus tapi kan kemampuan setiap manusia berbeza... tak gitu? Aku ingat lagi, dalam jurnal ni awal tahun dulu aku ada sentuh bab nak pindah sekolah dari SBP ke sekolah lain dan banyak pendapat pro dan kontra yang aku terima. Jadi, aku benar-benar perlukan pendapat daripada pembaca aku yang setia. Apa aku kena buat??? Sekarang ni aku kat rumah dalam proses penenangan fikiran. Aku rasa sedih sangat sebab ramai orang sedih bila aku cakap aku nak pindah esp. my mum. Bukan aku nak sakitkan hati dia... Sumpah atas nama Allah tidak... cuma mungkin aku terlalu mengikut perasaan dalam menangani situasi ini. Tambahan lagi, sikap aku yang mana aku rasa aku tak serasi dengan beberapa orang kat sekolah aku menyebabkan ada orang yang tak berapa puas hati kat aku. Nak buat macam mana... Inilah kehidupan namanya... Apa-apapun, aku akan cuba sedaya upaya dalam exam akhir tahun dan kalau dah tak boleh juga dalam beberapa subjek elektif tambahan, mungkin aku akan tukar ke sekolah lain. Jadi, doakan aku berjaya dalam periksa nanti (6/10/2003)dan walaupun aku tak nampak wajah para pembaca MLLK, aku tetap menganggap korang semua sebagai sahabat aku yang sejati kerana sudi menemani aku dengan membaca jurnal ni. Salam ukhwah dari penulis MLLK dan ingatlah, setiap perkara itu ada hikmah besar yang terselindung disebaliknya... p/s: ingat lagi tak pasal Pertandingan Rekacipta Multimedia - Laman Web tu? Pasukan sekolah aku : Aku dan kawan aku Iffat Rukaini dapat nombor dua!!! Best giler! Thanks kat pembaca jurnal ni yg mendoakan aku...-9.10 malam KIK™

...::Isnin, 22 September 2003::...

Alhamdulillah... akhirnya jurnal aku dapat juga di update setelah beberapa lama usaha mengemaskinikan laman ini terbantut. Pasal lama dah tak update, jadi banyaklah masalah yang timbul. Tapi, Insya-Allah semua masalah yang timbul itu akan aku selesaikan secepat yang mungkin. Aku tak boleh tulis panjang-panjang sebab aku kat CC kat umah. Nanti kena caj lebih so takleh cerita banyak-banyak. Insya-Allah cuti akhir tahun ni aku akan menemani korang setiap hari. Akhir kalam, teruskan menyokong MLLK kerana hidup aku ini memang penuh dengan liku-liku. Marilah menyelami liku-liku kehidupan aku... Aku akan terus update site nih sekerap yg mungkin. Jadi, rajin-rajinlah menjengah rumah papan aku ni...-11.31 malam KIK™

...::Sabtu, 20 September 2003::...

test...test...Assalamualaikum... tengah try update jurnal ni... jumpa lagi..