SEJARAH MLLK

Jurnal 'Menyelami Liku-Liku Kehidupan' ini mendapat ideanya apabila aku melawat laman Bluehikari sekitar November 2002. Masa tu, aku tak tahu apa-apa pun tentang penulisan jurnal dan aku tak tahu pun tentang kewujudan Geng Jurnal. Segalanya bermula apabila pemilik laman web Bluehikari, Rudy melawat laman Kaunseling Online yang aku reka bentuk bagi membantu orang ramai. Dia telah mencoretkan beberapa nasihat bagi para pelawat laman itu. Nasihat yang diberikan olehnya telah menarik minat aku untuk melawat lamannya. Ketika itulah aku mula menyelami kisah hidupnya dan pada waktu itulah aku mula berminat dengan penulisan jurnal. Aku mula menulis jurnal dengan menggunakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh Blogspot. Setelah beberapa lama menulis di Blogspot, aku terpaksa berhenti kerana aku perlu balik ke kampung aku yang terletak di Kedah. Tambahan pula, komputer aku rosak. Selepas komputer aku telah dibaikpulih, aku mula terfikir "lebih baik jika aku design sendiri laman jurnal aku...macam bluehikari...kan best...boleh letak muzik dan segalanya dicontrol oleh kita sendiri mengikut kemahuan kita...". Maka, bertepatan dengan Tahun Baru, wujudlah satu laman yang selama ini kuimpikan...laman jurnal yang aku tulis bukan sekadar untuk kepuasan diri, malah agar ia dapat dikongsi bersama oleh para pembaca...laman yang dinamakan Jurnal Bleu Élégant (pada waktu itu). Nama Bleu Élégant ini aku dapat apabila aku memilih warna biru sebagai warna latarnya yang sememangnya smart bagi aku. Pada mulanya aku ingin menamakan laman ini di dalam Bahasa Melayu...tetapi akhirnya aku tukarkan nama laman ini kepada nama di dalam La Langue Française iaitu Bleu Élégant. Tetapi, setelah beberapa lama menggunakan nama Bleu Élégant, aku dapati bahawa nama tersebut tidak berapa sesuai dengan laman ini. Maka, pada 12 Januari 2003, nama laman ini ditukar kepada

-Menyelami Liku-Liku Kehidupan-