Make your own free website on Tripod.com

Setiap Peristiwa Ada Kisahnya...

 

Pada hari Jumaat, 22 Mei 1987 bersamaan 24 Ramadhan, jam 7.43 pagi, lahirlah seorang bayi comel berkulit cerah di Specialist Medical Center [Sekarang Pantai Baru Klang Specialist Medical Center], Klang. Kelahirannya disambut dengan penuh kesyukuran oleh pasangan suami isteri yang baru setahun berkahwin kala itu, iaitu Encik Kamarudzaman Sanusi dan Puan Hasni Che Din. Mereka menganggap bayi itu sebagai satu rahmat daripada Allah s.w.t yang bertujuan untuk meningkatkan lagi tali pengikat antara kedua-dua pasangan suami isteri itu. 5 tahun telah berlalu, kini bayi itu bergelar kanak-kanak. Seperti kanak-kanak yang lain, dia juga dimasukkan ke tadika. Tadika Ria yang terletak di Klang menjadi pilihan kedua-dua ibu bapanya. Ibu bapa kanak-kanak itu seringkali memujinya kerana dia petah bercakap sejak umurnya 2 tahun dan sudah pandai menulis, iaitu sejak umurnya 5 tahun. Selain itu, kanak-kanak itu juga mempunyai kelebihan kerana dia ialah seorang yang kidal. Setelah beberapa bulan belajar di Klang, ibu bapa kanak-kanak itu mengambil keputusan untuk berpindah ke Shah Alam. Maka, pada 22 Mei 1992, kanak-kanak itu menyambut sambutan hari lahirnya yang terakhir di Klang bersama rakan-rakannya di Tadika Ria. Sewaktu di Shah Alam, ibu bapa kanak-kanak itu mengambil keputusan untuk memasukkan anak sulung mereka ke Tadika Eden / Eden Child Development Center memandangkan reputasi pusat itu yang cukup cemerlang. Sewaktu kanak-kanak itu berumur 7 tahun, dia dimasukkan ke SK Hicom di kelas 1 Jasa. Guru kelasnya ialah Pn. Norlaili. Pada tahun 1995, iaitu sewaktu kanak-kanak itu hendak melangkah ke Tahun 2, dia menerima surat pertukaran yang mengarahkannya supaya berpindah ke sekolah yang baru dibuka untuk penduduk Taman Alam Megah iaitu SK Taman Alam Megah [SKTAM]. Dia pun berpindah ke sana sehinggalah pada tahun 1997, iaitu sewaktu dia hendak melangkah ke Tahun 4, satu lagi surat pertukaran diterima yang mengarahkannya berpindah sekali lagi ke sekolah baru yang lebih dekat dengan rumahnya iaitu SK Alam Megah Dua [SKAMD]. Dia berjaya mendapat 5A dalam UPSR yang diambil pada tahun 1999. Ops..lupa nak cakap. Kanak-kanak itu belajar di SRA Batu 13, Jalan Kelang, 47100, Puchong dari tahun 1994-1999 pada sesi petang dan berjaya mendapat 93.6 % [Mumtaz] dalam peperiksaan SPRA yang diambil pada tahun yang sama. Melangkah ke alam remaja, dia bersekolah di SMK Alam Megah [SMKAM, sekolah Pn. Saroja Theavy a/p Balakrishnan, penulis cerpen Malar Hijau dan penulis sastera terkenal]. Hatinya cukup kecewa kerana tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah berasrama. Namun, dia tetap bersabar dan menanti dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, sehinggalah pada ../../2000, dia mendapat tawaran ke sebuah SBP di Seremban. Pada tahun 2002 pula dia mengambil peperiksaan PMR dan berjaya mengulangi kejayaannya dengan mendapat keputusan cemerlang 8A. Namun, perjuangan bukan setakat itu sahaja. Tahun 2003, dia terpaksa berhempas pulas untuk memastikan kejayaannya pada tahun 1999 dan 2002 berulang pada tahun 2004 dengan kejayaan 11 A1. Siapakah jejaka misteri ini? Dialah...aku! Khairul Idzwan bin Kamarudzaman, yang bermaksud 'Sebaik-baik Idzwan'. Mengapa 'Sebaik-baik Idzwan'? Kerana menurut kedua-dua ibu bapaku, mereka mahu aku menjadi orang yang terbaik, terbaik dengan sifatnya yang baik, tanpa terpengaruh dengan sifat-sifat orang lain. Itulah serba banyak ttg diri aku..Adios Amigos, Au Revoir A Bientot, Sayonara, Goodbye, Maas Salamah!

My Desktop...