Make your own free website on Tripod.com

Catatan semakin terkini apabila halaman ini semakin ke atas...

...::Sabtu, 31 Mei 2003::...

"Idzwan, pergilah buat homework kau...homework kau kan banyak"

"Alah...lepaklah dulu. Cutikan panjang lagi..."

"Mana boleh macam tu. Nanti kau tangguh-tangguh, lama-lama tak buat pulak karang..!!"

"......"

Itulah perbualan antara hati baik aku dan hati jahat aku. Hati baik aku suruh aku buat homework dan sebaliknya. Last-last siapa menang? Hati jahat yang menang dan aku pun masih tak buat homework lagi sampai sekarang. Kenapa aku tulis isi perbualan aku tu di sini? Kerana inilah senario yang berlaku di dunia masa kini. Cuba kita tengok, zaman ini, yang jahat selalu menang. Walaupun cuba ditentang tapi mereka menang juga. Semua ini kerana kita masih belum mempunyai kekuatan yang cukup. Tidak kiralah kekuatan dari segi fizikal, mental, ilmu, persenjataan dan yang sewaktu dengannya. Macam juga diri aku ini, aku kalah dengan hati jahat kerana aku masih belum mempunyai kekuatan iman yang mantap. Iman yang mantap mampu menangkis segala godaan syaitan dan nafsu. Jadi, kita perlulah perbaiki diri kita agar kita tidak kalah dalam apajua perjuangan yang ada di dunia ini. Tadi aku pergi laman daawah.com untuk mencari isi bagi menyiapkan Risalah Jumaat yang diedarkan di sekolah aku pada setiap hari Jumaat. Aku pun downloadlah The Hadith Software. Aku rasa perisian tu bagus untuk digunakan di rumah. Jadi aku rasa nak berkongsi dengan semua orang. Oleh itu, siapa yang nakkan perisian tu boleh pergi ke laman Pindah Turun. Selain The Hadith Software, ada banyak benda-benda lain yang korang boleh pindah turun. Sebenarnya, 22 Mei hari tu ialah birthday aku. Aku ucapkan terima kasih kepada mereka yang ingat birthday aku tu. Terutamanya Miecreation yang telah meng'e-mel'kan aku satu ucapan yang penuh dengan doa. Thanx abg Mie! Utk birthday aku, mak aku bagilah jam tangan dan sekarang ni jam tangan aku ada cat sikit pasal malam hari Khamis hari tu aku tolong ayah aku cat ofis dia yang baru disewa. Pagi tadi pulak aku tolong mak aku berniaga nasi lemak. Huh..letih..Al-Maklumlah, aku ni bukannya dari golongan orang yang senang. Mungkin dulu ya pasal dulu ayah aku kerja kat Motorola sebagai Section Head dan gaji pun RM 7500.00. Tapi, bila ayah aku quit Motorola dan kerja sendiri, aku dapat rasakan betapa susahnya mencari rezeki. Jadi, dikesempatan yang ada ini aku ingin membuat satu pengumuman:

Ayah aku punya company nama dia ialah Panca Kirana Enterprise [PKE] dan menjalankan perkhidmatan insurans kenderaan dan insurans am, menjual dan membekalkan t-shirt dan uniform-uniform utk badan beruniform sekolah, t-shirt printing, menyewa P.A System dll. So, kalau berminat call ayah aku kat no. 019-3257156. Mak aku pulak mejual nasi lemak dan menerima sebarang bentuk tempahan untuk sebarang majlis. So, kalau nak tempah apa-apa, bolehlah call mak aku kat no. 019-2227156.-4.34 petang KIK™

KITA MASIH MINUM AIR COCA-COLA SEDANGKAN MEREKA MENGHINA CARA KITA SOLAT! BILAKAH KITA AKAN SEDAR? ADAKAH SELEPAS MEREKA MENGHINA ALLAH, NABI MUHAMMAD DAN AL-QURAN???

 

...::Jumaat, 30 Mei 2003::...

Alhamdulillah, akhirnya hasrat aku ingin mengemaskini laman ini tercapai juga. Terima kasih aku ucapkan kepada semua pihak yang selama ini menyokong aku dan memberi galakan kepada aku supaya update site nih. Bukan aku tak nak tapi al-maklumlahkan, duduk kat asrama, mana ada masa nak update. Tengok Hijz, sejak dia masuk SOKSEK [SMS Tun Syed Sheikh Shahabudin], jarang-jarang dia update site dia. Camtu gaklah ngan aku. Ari tu, 7,8,9 Mei, aku pergi Hutan Rekreasi Air Keroh kat Melaka pasal ada English In Camp atau ringkasannya EiC peringkat Sekolah Berasrama Penuh. Kira peringkat kebangsaan lah tu. Best giler!! Banyak pengalaman yang aku dapat dan kawan-kawan pun banyak juga [aku guna banyak untuk kawan-kawan kerana menurut tatabahasa BM yang aku belajar untuk PMR hari tu, DBP telah menetapkan untuk orang guna banyak dan ramai, dua-dua betul]. Dekat seminggu aku teringat tentang kem itu. Adalah juga kenal sorang budak SOKSEK. Siap borak-borak lagi ngan dia masa malam last. Sampai pukul 2.00 pagi lebih aku berborak. Haa...lagi satu nak bagitau, bulan September ni, aku ada pertandingan Robofest kat SIRIM. Jadi, kalau sesiapa nak jumpa aku datanglah pada minggu ke-2 bulan September. Aku dipilih oleh cikgu untuk masuk Robocup Jr. Football League di mana robot aku tu akan lawan football ngan team dari pasukan sekolah lain. Satu skool ada 3 orang peserta. Peringkat kebangsaan tuh... Alahmdulillah aku dipilih. Sekurang-kurangnya dapat menimba pengalaman. Untuk cuti ni, uwaaa!!! aku takder free time langsung. Unit Sekolah Berasrama Penuh [Unit SBP] telah mengarahkan semua SBP supaya menyediakan satu pakej percutian kepada para pelajar di mana pakej percutian itu mengandungi satu set kerja rumah terancang beserta jadual dan borang tandatangan penjaga. Tension nih...Jadi sekarang kerja rumah aku ada 11 iaitu BM, BI, FIZ, KIM, BIO, SEJ, BAT, PQS, PSI, + MATH, dan MATH MOD/MODERN MATH...-9.43 malam KIK