Catatan semakin terkini apabila halaman ini semakin ke atas...

...::Isnin, 23 Jun 2003::...

Nampaknya, tinggal di asrama tidak menghalang aku daripada terus update jurnal ni. Maaf tetapi aku tidak dapat tulis panjang-panjang lantaran kekurangan masa. Sekarang ni aku tengah cari maklumat dan design grafik untuk Pertandingan Rekacipta Multimedia tu disamping design grafik untuk Majalah Ilham, majalah kebanggaan sekolah aku. So, bz sketlah... Tapi takpe...Aku takkan lupa untuk nulis dalam ni. Utk Pujangga, sori to say, tapi Bahasa Arab Tinggi dapat B4..uwaaa!! 60% je. Tapi, aku berjanji sbg seorg umat Islam yg belajar bahasa syurga, bahasa Al-Quran ini, aku akan terus berusaha sehingga mendapat 90% ke atas... Insya-Allah...-5.42 petang KIK™

...::Jumaat, 20 Jun 2003::...

Alhamdulillah, akhirnya hasrat aku nak update MLLK hari ni tercapai jugak. Terima kasih kepada Kak Abby yang telah membuka pintu Makmal Bestari untuk aku dan my very-very best friend Mohd Ajwadi menggunakannya. Esok hari Sabtu dan insya-Allah aku akan outing. So, aku pun ajaklah Ajwadi tadi pasal memang aku biasa outing ngan dia. Ntahlah...dialah satu-satunya sahabat aku dunia akhirat. Kalau aku tak outing ngan dia, mesti aku rasa bosan semacam. Sebab tu kalau bila nak outing, tapi dia tak ajak aku atau dalam erti kata lain tak inform aku (yelah... at least bagitaulah aku awal-awal kalau nak outing ngan org lain), aku akan rasa semacam. Semacam yang aku pun tak tau nak kata macam mana. Hehehe... Ohya... Sebelum terlupa, wahai geng-geng jurnalku sekalian, doakanlah aku utk satu pertandingan yg baru aku dapat tau hari Isnin hari tu. Kalau dalam entri hari tu aku ada inform pasal pertandingan robot kat Sirim, tapi yg baru ni ialah pada 5 dan 6 Julai (Sabtu dan Ahad) bertempat di Kolej Tunku Kurshiah (TKC), aku akan masuk Pertandingan Rekacipta Multimedia - Laman Web - sempena Minggu Teknologi dan Multimedia (MTM) Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh. Jadi, doakanlah aku berjaya supaya dapat dibuktikan bahawa pelajar melayu juga mantap dalam bidang IT dan Multimedia. Akhir kata (cheh...macam ucapan pulak), semoga kita berjumpa lagi. Sentiasalah melawat MLLK dan ingatlah, setiap perbuatan kita niatkanlah hanya kerana Allah Taala....-4.18 petang KIK™

...::Rabu, 18 Jun 2003::...

Assalamualaikum w.b.t... Sori ye pasal aku lama tak update. Bukan tak nak update tapi kesibukan aku sebagai seorang pelajar SBP menyebabkan aku tak dapat update. Lagipun, Smart Lab / Makmal Bestari kat sekolah aku ni tak de Front Page. Ini pun aku update pakai Free Form HTML yang ada kat Tripod. Alhamdulillah, berjaya. Kalau tidak tak update-updatelah aku. Oklah...pasal dah lama tak update, aku nak cakap sikit yang hari tu, sampai-sampai je kat sekolah aku demam. 3 hari aku tak pergi sekolah. Keshian aku..hehehe...Lepas tu, hari Khamis sepatutnya hari pertama persekolahan aku bagi semester 2, tapi malangnya aku sebagai redaksi majalah sekolah tak dapat pergi kelas pasal kena organize sesi pengambaran. Alhamdulillah, sekarang dah sihat.Untuk pengetahuan semua, untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun setakat ni aku dah dapat banyak kertas tapi yang A cuma 4 subjek aje iaitu PQS dan EST A1 dan BM dan BI A2. BIO belum habis tanda. Yang lain-lain tu, result biasa aje. Tak gempak pun result aku pasal ni first time amik pekse ikut format SPM. Cuak sikitlah... Apa-apahal pun, pasal aku dah tahu cara nak update pakai Free Form HTML ni, so lepas ni aku akan kerap update sama ada kat Cyber Cafe atau kat Makmal Bestari sekolah. Mentang-mentang aku AJK Makmal Bestari sekolah...hahaha..amik peluanglah guna internet. Yang pasti, esok aku ada perjumpaan kelab French. Ada tayangan vcd French. Tak sabarnya...Ok..jumpa lagi lain kali ye.. I miss all of you especially semua ahli Geng Jurnal yang sudi melawat site nih walaupun aku offline seminggu...Ok..bye-5.41 petang KIK™

...::Jumaat, 6 Jun 2003::...

Huh...penat...penat! Hari ini adalah hari yang paling aku penat sepanjang cuti pertengahan semester ni! Pagi tadi macam biasa aku tolong mak aku berniaga nasi lemak. Lepas dah tolong mak aku, kami belilah nasi lemak kat orang lain pulak pasal nasi lemak mak aku dah habis. Masa tengah beli, ayah aku datang dan ajak aku ikut dia bawak komputer dan meja komputer pegi ofis. Kami pun gilah dan lepas tu balik rumah balik untuk sarapan. Lepas sarapan, ayah aku suruh aku ngan mak aku pegi bayar duit yuran asrama semester dua. Sebelum gi bayar yuran, mak aku gi pasar dulu nak beli lauk untuk lunch. Balik rumah dah dekat pukul 12.00. Mak aku nak gi ngan makcik aku, tapi aku kena gi Solat Jumaat. Jadi, mak aku cadang nak gi dulu. Tapi, ayah aku kata gi lepas Solat Jumaat pasal nanti ramai orang. Sebagai gantinya, ayah aku suruh kaum-kaum hawa yang ada kat rumah aku letak Flyers yang mengumumkan ttg pembukaan Panca Kirana Enterprise pada kereta mereka yg gi Solat Jumaat. Balik Solat Jumaat, aku nak rehatlah kejap. Kaum-kaum hawa pun samalah jugak. Mana taknya. Panas wei...panas. So, adik In [adik pompuan aku] duduklah. Tetiba ayah aku marah mak aku [ pasal adik In ada tuisyen]. Mak aku katalah yg bukannya mak aku tak nak hantar, tapi pasal dah lambat dah. Ayah aku katalah kenapa tak letak flyers tu pukul 1.00? Mak aku malaslah nak jawab takut berperang tapi sebenarnya mak aku hantar kakak angkat aku gi klinik pasal dia sakit perut [gastrik]. Mak aku pun gilah hantar adik In gi tuisyen dgn makcik aku dalam kereta kancil yg boleh diibaratkan sebagai tin sardin krn ramainya umat yg ada kat dalam keter tu. Lepas hantar tuisyen, kami gi bayar yuran asrama aku ngan sepupu aku kat dua bank yg berlainan [aku kat BCB. sepupu aku kat MAYBANK]. Lepas tu, keter ayah aku bocor dan temp. naik. Kami gilah w/shop. Makcik aku pulak [selaku drebar sukarela ptg tadi...hahaha...] nak gi beli tiket ke Penang pasal ada kursus. Kami pun minta izin dan gilah ke stesen bas sek. 17 tapi tiket Butterworth habis. Gi Stesen Keretapi Shah Alam barulah ada tiket. Itupun tiket malam esok pukul 8.10 malam. Terpaksalah makcik aku amik pasal kalau ikut dia nak naik Air-Asia tapi dia takde geng, jadi dia boring. Nak dipendekkan cerita, lepas balik beli tiket, ayah aku kata tak payah amik dia. Kami pun gi Shakey's sampailah mak tiri aku call suruh beli cat nak habiskan cat dinding tepi tangga ofis ayah aku pagi esok [aggghhh!!!!...malasnya!]. Lepas beli cat, aku pun balik rumah dengan harapan nak mandi. Tetiba tengok air tak keluar dari pili. Tgk kat meter, memang tak gerak! Kami tgk water filter yg ayah aku pasang...kosong, kering. Takde apa-apa! Masa aku keluar, jiran sebelah rumah aku dan jiran sebelah sebelah rumah aku pun gi check meter memasing. [Hmm.. kenapa ya takder air?] Dan nasib aku pulak??? Sampai sekarang tak mandi lagi...[Eee...bucuknya Idzwan..hahaha]. Air cukup utk menunaikan kewajipan pada-Nya saja. Tapi kan bila takder air barulah aku sedar betapa pentingnya air kepada kita.[Aku dahlah tengah sakit perut nih..ahhh!!]. Kekadang teringat masa kat sekolah. Time yg paling bebudak suka ialah bila takder air. Tambah lagi PK 1 sekolah aku sporting. Kami pun minta kat dia...nak balik..nak balik...Hahaha[Itu cerita masa Form 1 lah]. Macam masa Form 2, air takde 1 hari 1/2, PK 1 pun umumkan pada jam 8.15 pagi, pelajar boleh pulang jam 9.00 pagi. Masa tu dia pangku jawatan pengetua. Kalau ada pengetua..hmmhh...jgn haraplah..5 hari takder air pun dia suruh cari. Emm..oklah. Ha..Thanx tu Is [yang aku tak kenal saper dan dari mana dia dapat tahu url site nih] krn sudi isi gesbuk aku semalam. Tidak dilupakan Fajar kerana sudi melawat 'rumah papan' aku nih. Juga kepada Nett dan Angel. Thanks 4 ur support! Alamak... Charmed dah start. Tak perasan pulak. Oklah.. gue mau blah dulu ya..Jumpa lagi esok. Penat bangat sih!-10.32 malam KIK™

...::Khamis, 5 Jun 2003::...

Ahlan wasahlan ila 'Menyelami Liku-Liku Kehidupan. Sedar tak sedar, dah 5 bulan aku bergiat dalam dunia penulisan jurnal ini. Dan dalam tempoh lima bulan itu jugalah aku mendapat ramai kawan-kawan yang seangkatan denganku @ geng jurnalku. Merekalah yang banyak memberi sokongan kepada aku untuk terus bergiat dalam dunia penulisan jurnal ini. Malah, mereka jugalah orang yang mendoakan dan mengambil berat tentang aku dan mak aku tatkala kami diserang demam denggi pada bulan Januari yang lalu. Terima kasih kalian. Jasa anda semua akanku kenang sampai bila-bila. Dikesempatan yang ada ini aku ingin menyampaikan salam ibuku dan ucapan terima kasih ibuku kepada mereka yang mengambil berat ttg dirinya seperti Insyirah, Yanie, Ceqtie...[sekadar menyebut beberapa nama] yang mana ibuku berkata berkat doa daripada kalian semualah dia masih gagah untuk terus hidup di bumi Allah ini. Kekadang aku terfikir untuk berjumpa kalian dan melihat bagaimana agaknya ragam kalian semua, seperti apa yang dikatakan dalam jurnal Skeira [entri 4 Jun 2003, link ada kat Nakhoda Pelayaran]. Skeira kata, berdasarkan cara penulisan jurnal seseorang itu dia boleh mentafsir ragam/sifat seseorang penulis jurnal itu. Apa agaknya tafsiran bagi aku ye? Hehehe... Oh ya. Hari ini aku rasa sangat gumbira.[Bila anda gumbira kata oi..oi...-oi..oi]. 

"Kenapa kau gumbira?"

"Betul kau nak tahu?"

"Tak...aku tak nak tahu!"

"Ah! Tak kira. Aku nak bagitau jugak!"

"Hek-eleh, baik tak yah tanya macam tu..."

"Eh, betul gakkan? Baik tak yah tanya. Hehehe..."

Oklah...str8 2 the point... aku gembira sebab sejak 16 tahun aku hidup, hari ini first time aku bawak motor. Kereta aku pernah bawak dah iaitu kereta satria dan kancil. Tapi, bawak motor hari ni first time. Kenapa aku gembira? Aku gembira sangat sebab aku baru start blaja hari ini. Belajar macam mana nak control gear e.t.c dan tup-tip..eh, silap..tup-tup aku dah boleh round satu Jalan Tanjung Layang. Memanglah salah pasai takdak lesen tapi aku tgk masa balik skool kengkawan sumer citer yg diaorg bawak motorlah..inilah..itulah. Aku rasa tercabarlah pasal benda yg aku rasa aku boleh buat tapi aku masih tak dapat buat..aku rasa aku nak buat! Tu yang aku gembira pasal at least aku dah ada experience. Hujung tahun ini dah bolehlah amik lesen motor kalau dah ada experience. Takdelah nanti terkial-kial baru nak blaja. Don't worry, aku janji akan jaga keselamatan diri aku. Aku bawak slow je tadi. Haa..tujelah serba sedikit ttg apa yg aku dah buat pagi ini. Jumpa lagi esok ye. Dan link untuk ke geng-geng jurnalku yang lain ada kat Nakhoda Pelayaran. Semua tu aku buat untuk memudahkan pelayaran korang di lautan MLLK ni. Thanks to Tripod Script for the free script!-9.32 pagi KIK™

...::Rabu, 4 Jun 2003::...

Haa! Inilah dia hadiah besday aku yg Mie kasi macam yg aku cakap dalam entri bulan Mei ari tuh! Thanx a lot Mie. Semoga apa yg. terkandung dalam ucapan tu akan berbalik kpd. Mie juga. Hari ni aku rasa tenang sangat. Tak tahu kenapa, tapi aku rasa besh! Oh..ya! Aku ni memang selalu aje terlupa tapi nasib baik Allah ingatkan aku balik. Aku, Khairul Idzwan Kamarudzaman ingin mengucapkan selamat ulangtahun kepada laman web Pujangga dan selamat ulangbulan ke-5 kepada laman MLLK kerana 4 ur info, laman MLLK dilancarkan secara rasminya pada 1 Januari 2003. Hehe...baru ulangbulan ke-5 dah nak kecoh, kan? Aku ni bukannya apa. Kita mesti ingat semua tarikh-tarikh penting pasal kalau lupa...ada satu sad feeling dalam diri orang yg patut diingati tu. Betul tak? Cthnya, kawan kita punya birthday ialah 15 Januari. Kita tahu tapi kita tak buat sesuatu yg. menunjukkan kita ingat tarikh tersebut. Pernah tak sesiapa terfikir apa perasaan kawan tu? Macam jugak dengan MLLK ni. Aku dah anggap benda ni sebagai salah satu drpd benda kesayangan aku, jadi apa perasaan dia kalau aku lupa tarikh-tarikh penting berkenaan dirinya. [Ceh, macamlah site MLLK ni ada perasaan. Hehehe...]. Lambat pun takpe [maknanya kalau kawan tu lahir 15 Jan tapi kita wish 18 Jan] asalkan kita ingat. Daripada tak ingat langsung. Haa..itulah apa yg aku nak cakap. Boring ke? Aku rasa tak boring pasal banyak faedah yg boleh kita dapat kalau korang hayati bebetul apa yg aku cuba nak sampaikan sebenarnya. Aku ni sebenarnya minat nak jadi penulis. Tapi, kelebihan aku bukan pada penulisan kreatif [cerpen, sajak, novel] sebaliknya penulisan kritis [esei ilmiah, rencana]. Sebab tu aku minat giler baca novel apatah lagi novel karya penulis-penulis terkenal tanah air. Tapi, kalau novel karya sasterawan negara..hehe..maaflah...cek tak pahamlah...Tak tau awat cek tak paham. Mungkin pasai depa buat ayat memang power gila kot? Setakat ni, novel remaja yg aku betul-betul minat ialah novel Pergilah Sepi terbitan Karangkraf. Memang penulis dia [org. Johor] pandai bermain dengan perasaan para pembaca. Kekadang aku rasa geram sampai nak koyak buku tu, kekadang sedih [tapi hujan tak pernahlah menitik daripada awan mataku kerana kurangnya wap air untuk memberatkan lagi awan mataku supaya turunnya hujan..hehe], kekadang gembira. Tapi penulis tu tetap tak dapat kalahkan tokoh penulis kita spt Abdullah Hussain and the gang kerana karya mereka lebih hebat dalam permainan perasaan. Aku pun sekarang ni kira seorang penulis gak. Yalah...penulis jurnal! Ingat ye, penulis jurnal tu pun sebenarnya sama seperti penulis-penulis yang lain [penulis cerpen, sajak, novel dll] kerana penulis jurnal memerlukan ilham juga dalam penulisannya. Kalau tiada ilham, mungkin entri para penulis jurnal hanyalah sekadar 1 baris. Serius! Memang susah sebenarnya untuk mencari ilham dalam menulis jurnal ni kerana selain apa yang kita buat sehari-hari, kita perlu selitkan dengan sebarang perkara yang boleh membawa faedah kepada kita. Sebagaimana kata Rudy Bluehikari di dalam lamannya [entri 3 Jun 2003]. Hari ni aku nak bawak satu kisah yg tak best. Taknak baca? Taknak baca takpe, dipersilakan dengan segala tak hormatnya untuk beredar dari laman saya ini. Oklah, ceritanya berbunyi begini...Malam semalam dan awal pagi tadi, kaw. rumah aku takde air!!! Uwaa!! Nasib baik pagi tadi aku bangun jam 6.25 pagi. Aku mandilah dulu pasal lagipun aku nak kena tolong mak aku menjual nasi lemak. Lepas tu, adik Ijat [adik lelaki aku] nak mandi gak tapi air takde. Dia pun gilah ofis ayah aku utk mandi. Yang bestnya, lepas gi ofis ayah aku, aku,  Adik Ijat, Adik Ati, Adik Alya, Abah dan Mummy gi Restoran Al-Ihsana untuk bersarapan. Yang lain-lain kat rumah makan pisang goreng je...Kesian...Lepas tu bila singgah rumah jap adik In nak buang dia punya 'big water', akhirnya, dia pun terpaksa ikut ayah aku balik ofis ayah aku. Pukul 11.00 pagi baru ada air. Haa..macam mana dengan layout baru ni. Oklah kan daripada hari tu bila nak pergi muka lain je kena gi muka utama. Ni oklah kan aku dah guna Frame. Thanks to Rudy and Meertaro for the idea of using frame for better navigation and better surfing. I'll make sure that I will update this site frequently and change some parts that I have to change so that this site will look alive and will look fresh. That's all for today. Hope you enjoy my journal.-3.52 petang KIK™

...::Selasa, 3 Jun 2003::...

Hari ni hari Selasa??? Tidak!!! Cuti tinggal 5 hari jelah lagi... Alamak, boringnya..!! Tapi takpe! Kenapa takpe? Pasal bila aku kata takpe, maknanya mesti ada bende [benda]. Bende ape? Faedahle... Pasal bila cuti mesti majoriti daripada pelajar-pelajar yang bercuti akan menghabiskan masa cuti mereka dengan sebaik-baiknya untuk bercuti. Sebaliknya bila kita ke sekolah untuk belajar esp. SBP, mesti para pelajar akan menghabiskan masa belajar mereka dengan sebaik-baiknya untuk belajar. Got what I mean? Oh ya...kepada akak yg. isi gesbuk saya semalam [ex-semsas]...saya tahu SEMSAS yang mana! SEMSAS ialah ringkasan bagi SM Sultan Ahmad Shah, Kuantan kan? Pasal kalau tak silap saya, yg. kat Pekan tu SM Sultan Hj. Ahmad Shah @ SHAH Pekan. Rasanya betullah tu...hehe... Apa nak cakap tadi ye...Haa!!! Korang pernah kena tipu dengan kawan tak? Atau lebih tepat lagi dengan kawan baik korang. Siapa pernah angkat tangan! Aik? Aku sorang aje? Takpelah... dah nasib badan. Cerita dia takdelah Maha-Hebat sangat tapi tujuan aku membangkitkan topik ni ialah untuk menasihati semua orang supaya jangan terlalu mempercayai seseorang itu. Aku tahu mungkin ada antara korang yang akan kata "Hek-eleh...baru 16 tahun, dah pandai nak nasihat orang!" atau "Wei...kitorang dah makan garam dululah...!!!" atau mungkin "Hello..nak nasihat orang, cerminlah dulu diri tu...", tapi selaku orang yang sudah berpengalaman merasainya [Cheh..!!], percayalah cakap aku. Manusia...biasalahkan. Diciptakan Allah penuh dengan sifat-sifat yang kadangkala terlalu misteri untuk dirungkaikan. Inilah sebenarnya kehebatan Allah s.w.t. Dia mampu mencipta orang yang jahat, yang baik, yang 3 1/4 dll. Tapi tulah... ingat pesan aku, jgn terlalu percaya kat orang. Kekadang, kat depan manis aje cakapnya tapi kat belakang...fuh... panas telinga mendengarnya. Kekadang tu pulak, sebab terlampau percaya, kita bagi rahsia kita kat dia dengan harapan apa yang terbuku di hati dapat dilepaskan...lega lah sikit rasa hati tu.. tetiba tup-tup esok semua orang dah tau. Ini sebagai contoh aje bukan yang berlaku kat aku tu. Tapi, tulah dia senario yang berlaku dalam masyarakat hari ni. Macam lagu yang Hijjaz nyanyi tu...

"Alangkah susah mencari kawan, Bukan kenalan di zaman ini, Berpunca dari hati yang rosak, Kerana dunia memautnya..."

"Salah yang sikit dibesarkan...Yang besar apatah lagi..."

Hayatilah rangkap-rangkap lagu itu. Kalau nak cari kawan sejati, selami dahulu hatinya. Berikan kepadanya ujian-ujian tak rasmi dan kalau lulus ujian itu, Insya-Allah dialah kawan sejati yg Allah kurniakan kepada kita.. Oh..ya!! Aku hampir-hampir terlupa. Tahun ni aku masuk Peraduan Mengarang Esei Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia dan Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina 2003 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Jadi, aku harap sangat...[dengar bebetul -- harap sangat...] korang dapat mendoakan kejayaan aku dalam peraduan itu. Aku tahu yang aku pun mesti berdoa sama, tapi kan lagi bagus kalau saudara semuslim tolong doakan sekali. At least, bila aku menang, aku mampu menunjukkan kepada negara bahawa seorang yang berbangsa Melayu-Islam dan bersekolah di SBP merupakan seorang yang cemerlang dalam segala-galanya. Jadi, tolong ye? Insya-Allah kalau dah selesai segala-galanya, aku akan tulis esei aku tu dalam jurnal ni untuk dikongsi bersama korang semua. Kalau kalah pun aku tulis juga... So, korang boleh check apakah yang menjadi punca kekalahan aku tu... Ha? Tajuk esei? Oh, tajuk esei aku tu ialah 'Malaysia Boleh' dalam Teknologi Maklumat. Jadi, tulah serba sedikit info ttg esei aku tu. Oklah ye..chow dulu!

p/s: dah baca Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain? Best tuh!  Aku bagi novel tu 5 stars.-3.47 petang KIK™  

...::Isnin, 2 Jun 2003::...

Ya, Allah. Dah masuk hari Selasa dah! Aku baru buat sikit homework! Tapi aku tak risau sangat pasal aku buat sikit sebab aku ikut jadual yang diberi. Hahaha!! Hari ni aku tak buat apa-apa sangat. Cuma tadi pagi kami (aku, mak aku dan adik aku) pergi kedai beli sarapan. Lepas tu, tengahari tadi dalam pukul 1.00 petang, aku pergi pasaraya borong beli barang untuk mak aku berniaga esok. Itu jelah serba sedikit tentang apa yang aku buat setakat hari ni. Haa! Aku ada satu berita besh. Tapi berita untuk akulah. Co. ayah aku, PKE tu telah dan akan membayar wang perkhidmatan kepada aku kerana aku telah ditugaskan untuk men'design' website PKE. Insya-Allah site tu boleh dilawat tak lama lagi. Bila dah siap kang aku announce ok? Alamak, mak dan ayah aku dah panggil suruh makanlah...Emm..bau ikan bakar lagi. Oklah..chow dulu..-2.22 petang KIK™

...::Ahad, 1 Jun 2003::...

Huh...penat..penat...Hari ni ayah aku suruh kami sekeluarga (except mak aku coz' she had a headache) mengemas ofis barunya dan mengecat bahagian tangga. Penatnya bukan kepalang apabila kami mula mengecat pukul 3.30 petang dan tamat pada jam 7.00 malam. Huh...I'm very tired. Setakat ni dululah ya? Bye..KIK™