6 JANUARI 2003

Hari pertama persekolahan bagi sesi 2003 di Lembah Klang. Tatkala semua orang sibuk bersemangat ke sekolah, aku kena tinggal kat rumah pasal aku start sekolah 20hb. Januari 2003. Huh...lama lagi tu. Tengah hari tadi, Ihsan telefon aku. Aku dengar suara dia sekali aje aku dah cam sedangkan kalau orang lain, susah sikit aku nak cam. Yelah...sahabat baik...Mana boleh tak kenal! Waktu senja pulak, Ahmad Khair telefon. Aku ingatkan dia telefon dari mana. Tengok dekat phone number dia (pasal kedua-dua telefon di rumah aku ada caller ID), dia telefon dari rumah dia. Tapi, tak sempat aku nak cakap, dia letak dulu. Adik bongsu aku kata, mula-mula, adik aku yang kedua (Adik In) angkat telefon dari bilik komputer. Lepas tu baru adik bongsu aku angkat telefon dari ruang televisyen. Lepas tu, Ahmad Khair kata "Idzwan ada?". Adik bongsu aku katalah ada. Tapi adik bongsu aku ni pelat sikit panggil nama aku (pasal dah terbiasa sejak kecil). So, dia panggil aku "Abawai, abawai, kawan bawai telefon!". Jadi, aku buat andaian bahawa kawan aku tu ingatkan aku takder kat rumah. Tapi, aku harap sangat dia call balik pasal sebenarnya aku dan dia nak bincang tentang bila nak balik ke sekolah...Ihsan pun telefon aku atas tujuan yang sama dan kami dah bersepakat akan balik sama-sama iaitu pada 20hb. Januari nanti. Oh ya...sebelum terlupa : Walaupun aku dah tulis jurnal 6 Januari 2003 ni pada 6 Januari 2003, tapi mungkin ia lambat di'publish' kerana talian telefon rumah aku dipotong...Bil tak bayar... Jadi, nasihat aku kali ini, bayarlah bil telefon dan jangan berhutang kerana TELEKOM merana, kita pun merana...Happy Back 2 Skool!!

ISNIN, 6 JANUARI 2003

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN