5 JANUARI 2003

Hari ini hari Ahad. Hari cuti umum. Di kala semua orang sedang menghabiskan cuti hari ini untuk beristirehat bersama keluarga, keluarga aku pula sedang kelam-kabut membuat persediaan terakhir pasal esok nak sekolah. Tapi, berbeza dengan aku kerana aku telah membuat keputusan untuk masuk ke sekolah pada 20hb Januari 2003, maka aku mempunyai masa lagi 2 minggu untuk membuat persiapan. Jiran aku pulak (sebaya) dah balik ke asrama pagi tadi. Beberapa minit sebelum jam 12.00 tengah hari. Dia rasa sedih pasal kena balik asrama. Aku pun sedih jugak. Bukannya apa. Selama 2 bulan cuti sekolah ni, aku selalu lepak rumah dia (pasal rumah dia sebelah rumah aku dan tiada pagar sebelah menyebelah - dah dicabut). Jadi, aku rasa sedihlah pasal kalau boring, boleh ajak dia borak-borak. Jadi, lepas ni, sementara tunggu aku balik asrama, tinggallah aku dengan mak aku dan adik bongsu aku pasal adik aku (In & Ijat) akan bersekolah di Kota Kemuning pasal mereka akan tinggal dengan mak tiri aku. Hujung minggu baru balik ke rumah aku yang terletak di Taman Alam Megah ni. Tapi, memang hari ini aku rasa sedih memanjang. Mula-mula kawan aku tu balik asrama. Lepas tu, malam nanti adik-adik aku akan pergi Kota Kemuning. Lepas tu, ada seorang kakak dari Kedah pakcik aku amik dia pasal nak suruh dia kerja ngan pakcik aku. Tapi, tengah malam hari Isnin (kalau tak silap aku) pakcik aku tumpangkan dia kat rumah aku pasal isteri pakcik aku bersalin. Takkan pakcik aku nak duduk berdua dengan dia. Habis tu, dari hari Isnin sampai hari Ahad duduk sini, dah 6 hari, ditambah dengan keriuhan kanak-kanak, kemesraan adik-beradik aku, dan kelincahan baby 11 bulan hasil perkahwinan ayah aku ngan mak tiri aku, siapa tak sedih bila kena berpisah pasal petang ni pakcik aku nak amik dia balik. Jadi tinggallah aku, mak aku, dan adik bongsu aku. Itu belum campur bila aku balik asrama nanti. Tinggal 2 orang aje kat rumah aku kalau tak campur ayah aku (pasal dia selalu sibuk). Jadi, aku kesianlah kat mak aku. Dari ramai-ramai orang kat rumah aku tinggal seciput je umat manusia kat rumah aku. Kesiankan?  Pagi tadi pulak, aku tolong mak aku menjual nasi lemak. Lepas tu, datanglah cikgu Eton - Cikgu Geografi yang mengajar di sekolah menengah dekat dengan rumah aku - SMK Alam Megah. Dia tanya aku "Iwan, Iwan tak ambik hadiah ke semalam?". Aku tanyalah balik "Hadiah apa?". Lepas tu, cikgu Eton kata "Kan semalam surau bagi hadiah dekat sesiapa yang cemerlang exam?". Aku pun katalah yang aku tak tahu langsung pasal cerita tu. Tambahan pula, malam semalam aku bukan pergi surau tu (Surau Al-Mizan) untuk solat Isyak tapi aku pergi surau lain (Surau Apartment Seri Angkasa). Jadi, cikgu Eton katalah kat aku yang dia rasa hadiah aku ada ngan anak dia. Anak dia pun dapat 8A jugak. Yang jadi misterinya sekarang, macam mana pihak surau boleh tahu aku dapat 8A sedangkan aku tak pernah pun bagitau dekat mana-mana AJK surau. Wallahu a'lam. Muzik latar laman web ini dah ditukar kerana muzik asal tu (Afternoon) tidak mendapat permisi daripada pemiliknya iaitu Bluehikari. So, malam semalam puas aku cari muzik latar baru dan kalau boleh aku nak letak muzik latar dari drama Winter Sonata. Kan drama tu best. Lagunya pun sedap-sedap dan Alhamdulillah aku berjaya menjumpainya di alamat http://way.to/wintersonata .  Jadi, kepada peminat-peminat drama tu, layarilah laman itu untuk mendapatkan lagunya, midinya, gallerynya, dan bermacam-macam lagi. Sebelum tu, ingin aku pesan kepada semua pembaca jurnal ini: Janganlah anda dengki mendengki sesama sendiri terutamanya mereka yang beragama Islam kerana SESUNGGUHNYA SETIAP MUKMIN ITU BERSAUDARA...

P/s : Kalau ada sesaper yang nakkan MIDI Winter Sonata (WS) tapi dia malas nak surf website way.to/wintersonata tu, e-mellah aku dengan klik di sini dan aku akan send MIDI tu kat mereka yang mahukannya. Thanks...

AHAD, 5 JANUARI 2003, 12.50 TENGAH HARI

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN