4 JANUARI 2003

Hari tu, lepas amik result PMR, keluarga aku belanja aku makan kat Restoran Rhema Thai. Besar juga budget dia. Tapi, apa yang aku nak tulis ni ialah tentang sorang kawan aku tu. Sebelum makan hari tu, aku call dia dan dia kata dia dapat 4A 5B (but I'm not sure whether she was telling the truth or not). So, aku nak belanja dia makan KFC yang terletak  dekat dengan rumah aku pasal aku janji kat dia kalau dia dapat 9A, aku bagi present dan belanja makan. Kalau tidak, aku nak belanja makan aje. Mak dia pun dah bagi 'green light' kat kami berdua. Masalahnya sekarang, bila nak pergi. Kalau nak pergi hari ini, sekarang ni dah lambat. So, aku rasa aku nak pergi esoklah... Tapi, aku rasa gementar pulak. Bukannya apa, first time nak ajak sorang kawan perempuan (i repeat : kawan) makan kat luar. Hehe...Ops, jangan anggap aku kecil-kecil dah pandai pasal kami keluar untuk mengeratkan silaturrahim yang terputus sejak dia dan aku masuk asrama. So, jangan salah sangka key? Pasal exam PMR lak...aku betul-betul tak percaya aku akan dapat 8A. Maklum jelah...Math, Science, Living Skills > Jarang sekali dapat A. Tapi, aku bersyukurlah pasal sekolah aku tahap gred dia lain daripada sekolah harian. Kalau sekolah harian 75 dah A. Tapi sekolah aku 80 baru A. Jadi, bila dia buat macam tu, kita akan cuba sedaya upaya untuk kejar yang terbaik (80) bukan yang ordinary (75). Lagipun, sebulan sebelum PMR sekolah aku buat Program Anjal iaitu program yang selama sebulan tu buat latihan je. Dah tu, bukan buat latihan sekolah biasa tapi buat latihan daripada soalan-soalan yang ditukar dengan sekolah TKC, SDAR, SAS, dan SBP-SBP lain di seluruh negara. SMKA-SMKA lain juga tidak terkecuali. Ada antara soalan tu aku yang derma, aku amik dari Portal Pendidikan Utusan. Hehe...Ok..aku rasa itu jelah. Teruskan kerja anda semua dan niatkanlah di hati bahawa setiap perkara kebaikan yang kita lakukan adalah kerana Allah s.w.t...dan hayatilah mesej ringkas di bawah:

 ( Dipetik dari sebuah lagu nasyid dendangan ae-man)

SABTU, 4 JANUARI 2003, 3.35 PETANG

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN