3 JANUARI 2003

Hari ini merupakan hari ketiga aku menulis di dalam jurnal ini. Tahun ini, filem apa yang paling ramai remaja Malaysia suka menontonnya? Jawapannya filem Ada Apa Dengan Cinta?. Bagi aku, filem tu memang ada daya tarikan dan kekuatannya yang tersendiri. Entah bila la agaknya karyawan-karyawan filem di Malaysia dapat membuat filem seumpama itu. Filem A2DC tu memang syok habis! Lagu-lagu dia pun sedap didengar. Jadi apa lagi. Kalau belum beli dapatkan di kedai-kedai VCD berhampiran anda. RM 12.90 ORIGINAL dan RM 6.00 CETAK ROMPAK (CR). Ceh...macam iklan pulak. Cuti sekolah tinggal 2 hari lagi. Tapi pasal aku bersekolah kat sekolah beasrama, jadi aku masuk 20 haribulan. Kalau ikut, memang masuk Isnin ni, tapi aku telefon sekolah dan kerani sekolah aku kata nak masuk 20 haribulan pun takpe pasal hari Isnin tu cuma untuk daftar dan tengok masuk kelas apa. Tapi, aku rasa malaslah nak balik asrama pasal cuti tahun ni memang menyeronokkan. Tapi takpe, yang penting kita mesti belajar sehingga berjaya pasal itulah kunci utama untuk berjaya dalam kehidupan. Aku jadikan pemilik laman web Blue Hikari tu sebagai idola aku pasal dia dahlah dapat belajar ke Jepun, lepas tu dia pandai tentang komputer dan dapat kerja yang baik di Malaysia. Aku akan buktikan yang aku akan berjaya macam dia!

JUMAAT, 3 JANUARI 2003, 10.33 PAGI

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN