2 JANUARI 2003

Alhamdulillah, akhirnya hajat aku nak ada jurnal sendiri yang dibuat sendiri sudah menjadi kenyataan. Petang tadi, mak aku suruh teman dia amik mak tiri aku yang bekerja di Ford Shah Alam pasal nak repair cermin kereta depan. Cermin kereta depan dia bocor. Bila hujan, banjirlah kereta. Lepas tu, kami gi makan kat sebuah gerai(emm...atau aku rasa boleh gak panggil restoran). Huh...Alhamdulillah. Kenyang aku. Lepas tu, masa makan-makan tu, terkeluarlah dalam fikiran mak aku nak sewa sebuah medan selera MBSA di Glenmarie. Jadi, aku pun terfikirlah betapa susahnya rezeki itu hendak dicari. Mak aku pun buat macam-macam perkara untuk mencari rezeki. Bukak TASKA, menjual nasi lemak, dan macam pagi tadi sebuah sekolah menengah di tempat aku tinggal tempah nasi himpit, kuah kacang, dan rendang ayam untuk hidangan 120 orang. Tapi, apa-apa pun aku tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya, pendapatan mak dan ayah aku cukup untuk menampung kami sekeluarga (walaupun kadang-kadang tu tak cukup..hehe..) sedangkan masih ramai lagi insan malang yang perlu diberi pertolongan di luar sana...Fikirkanlah...

KHAMIS, 2 JANUARI 2003, 5.46 PETANG

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN