Make your own free website on Tripod.com

20 JANUARI 2003

Teka aku tulis nih kat mana? Dekat rumah!!! Tadi bertolak dari SJMC pukul 3.00 lebih ..emm..dalam 3.05 macam tulah. Dalam pukul 4.30 sampai sekolah dan alangkah malangnya apabila locker tak cukup. Aku memang dah bagitau PK 1 yg mak aku kat hospital dan cikgu kata nak dtg esok pun takpelah pasal f4 baru ramai daftar esok. Tapi aku kata aku dah kemas barang. So, lepas dah menumpangkan barang aku kat locker kawan aku yg boleh dipercayai, aku pun pulang ke rumah dalam pukul 4.50. Bukan ke rumah tapi ke hospital. Pukul 9.00 tadi baru balik dr hospital (sebelum tu makan burger, pegi 7-11 beli minyak 'cekapak' dan gi carrefour). Sampai rumah dekat-dekat pukul 9.30 dan terus gi bilik air. Mak aku? Aku naik risau pasal kandungan platlet-nya sedang menurun. Kalau semalam 72, hari ini cuma ada 41 aje. Dan ayah aku dah bersedia utk menderma darah kalau diperlukan. Jiran aku dan kawan mak aku pun sama. Terima kasih kpd kalian. Terima kasih juga kpd mereka yg mendoakan kesihatan ibu aku. Semoga kalian diredhai Allah sentiasa. Mak aku masuk wad no. 409, tkt. 4, Hospital South Tower... Kalau nak lawat, lawatlah...hehe...Aku nak balik sekolah pun jadi tak best bila terkenangkan mak aku...*sniff....sniff...*

ISNIN, 20 JANUAR1 2003, 10.56 MALAM

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN