1 JANUARI 2003

Ini adalah kali pertama aku menulis di dalam jurnal yang aku design sendiri. Ini juga adalah kali pertama aku buat design grafik pakai Adobe Photoshop 6.0. Dan ini juga adalah kali pertama aku menulis di dalam jurnal online. Dan ini juga kali pertama aku merasai betapa nikmatnya mempunyai kelebihan di dalam bidang komputer. Semuanya kali pertama...Apa pun, aku harap agar kelebihan aku di dalam bidang komputer tidak disalahgunakan untuk tujuan yang negatif. Aku masih ingat ketika aku mula berjinak-jinak dengan komputer iaitu pada tahun 1998. Aku tidak pernah pergi ke kelas komputer sebagaimana kanak-kanak lain yang sebaya denganku pada waktu itu. Aku hanya menggunakan komputer di rumah pakcikku dan aku belajar melalui kaedah cuba-cuba. Aku klik sini klik sana dan melalui pengalaman meng'klik' itulah aku belajar tentang aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam komputer. Aku bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan aku kelebihan ini. Sesungguhnya, benarlah kata orang-orang tua. Belajar melalui pengalaman adalah kaedah belajar yang paling baik kerana pengetahuan aku di dalam pelbagai perisian komputer adalah melalui pengalaman. Jadi, aku berharap agar cita-cita aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang komputer menjadi kenyataan. Insya-Allah...Oh ya... sebelum terlupa...:

   RABU, 1 JANUARI 2003

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN