19 JANUARI 2003

Minta maaf bebanyak sebab lambat update. Esokkan nak balik asrama, jadi aku kelam kabut kemas barang. Inipun dah habis kemas baru aku tulis jurnal nih. Ok, hari ini aku taknak cakap panjang-panjang sebab hati aku tak tenteram (sebabnya akan ditulis lepas nih). Apa yg aku nak katakan ialah mungkin ini kali terakhir aku menulis secara direct dlm jurnal nih. Bukan aku nak berenti nulis tapi kan masuk asrama, jadi tak dapek lah den nak upload dan tulis hari-hari. Dan perkara kedua yg aku nak nyatakan ialah (yg merupakan punca hati aku sedih dan tak tenteram) aku harap semua pembaca jurnal Menyelami Liku-Liku Kehidupan (MLLK) ini dapat mendoakan mak aku agar sembuh dari penyakit Demam Denggi yg dihidapinya. Pg tadi mula-mula aku, ayah aku dan adik bongsu aku pegi Hospital Putrajaya. Harap design je cantik, tapi service tak cantik langsung. Lembab! Lepas dapat result kandungan platlet, didapati kandungan platlet mak aku hanya 72 shj (tu memang teruk tu pasal jiran aku yg masuk wad pasal denggi hari tu pun platlet dia >100). Tapi, mak aku tetap tidak dibenarkan masuk wad krn syarat nak masuk wad ialah <60 (utk org yg dah cp-cp jer tuh). So, lepas gi Hosp. Putrajaya kami gi pulak SJMC. Dan tinggallah mak aku kat wad no. 409, tingkat 4, hospital bahagian South Tower (kecemasan dll). Jadi, aku harapkan agar kalian mendoakan kesejahteraan keluarga aku dan mudah-mudahan mak aku akan sembuh dari penyakit itu... 

AHAD, 19 JANUAR1 2003

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN