17 JANUARI 2003

Hari ini Alhamdulillah demam aku berkurangan. Batuk dan selsema pun dah berkurangan tapi hingus aku ..... (tak boleh dicerita atas soal-soal ketenteraman awam..hehe...). Tapi, aku kesian tengok mak aku. Kalau semalam mak aku risau tengok aku pasal badan aku panas giler, hari ini aku pulak risau tengok mak aku pasal mak aku punya badan panas Masya-Allah (kira panas gilerlah tu...). Sebab tu ptg tadi, aku ngan mak aku dibawa oleh ayah aku ke klinik yg terletak berhampiran dengan rumah aku. Lega skit lepas makan ubat. Sekarang ni pulak, adik lelaki aku (Ijat) tengah pegi ke kedai video Bumi Hijau untuk membeli vcd MTV A2DC. Menurut Nizam Zakaria (melalui laman blog-nya), lagu-lagu Melly dan Anto tak best. Tapi mungkin itu taste-nya kerana bagi aku lagu-lagu yang mendayu-dayu pun best gak. Aku ni kategori jiwang kot? (Ya ke?). Atau mungkin universal pasal aku semua muzik dan lagu aku layan. Berbalik kepada citer kedai Bumi Hijau. Dulu kedai tu hanya memberi perkhidmatan menyewa video. Tapi sekarang masa pantas berlalu dan kedai tu sekarang ni tengah meluaskan perkhidmatannya dengan memberi perkhidmatan penyewaan vcd (RM 3 se-vcd) dan pembelian vcd. Oh ya...Betty tak habis lagi...Uwaaa!!! Jadi kepada semua pembaca yang budiman, tolong e-mel aku ye (idzwan_megah@email.com) dan ceritakan apa yang berlaku dalam cerita Betty (dari hari Isnin sampai habis) dan cerita Rosalinda (final episode - Monday). Siapa yang e-mel kepada aku ttg kedua-dua cerita itu se-episod demi se-episod setiap hari  aku akan abadikan nama mereka di dalam laman jurnal ini dengan gaya persembahan yang menarik agar orang akan ingat dan kenal sampai bila-bila siapakah orang yang Idzwan (aku) hargai jasanya...hehe...Berminat? Malam semalam kakak angkat aku (ex-student di sekolah aku dan sekarang dalam thn akhir di UM) e-mel aku dan dia kata 2 org guru kesayangan aku (dan juga dia) telah berpindah iaitu Ustaz Sulaiman (Pengarah Badan Dakwah dan Kepimpinan (BDK) -bos aku pasal aku ialah AJK dalam Syukbah Penerbitan dan Dokumentasi BDK) dan Ustaz Afendi (Ketua Warden yang sangat bersemangat utk meneroka bidang IT sehingga wujudnya laman warden sekolah yang di'design' oleh beliau). Waa!!! Sedihnya...

JUMAAT, 17 JANUARI 2003, 10.31 MALAM 

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN