16 JANUARI 2003

Wah (sniff...sniff)! Tak sabarnya aku untuk menunggu tanggal 1 Februari ini kerana 1 Februari ini, laman ini akan menyambut sambutan ulangbulan kali yang pertama! Seronoknya!!! Hari ini merupakan hari yang paling tak best bagi aku pasal dalam tahun ini, hari ini adalah hari pertama aku mendapat 3 penyakit sekaligus. Demam (aduhh...), batuk (khoff...khoff), dan selsema (acchhoowww!!!). Aku anggap aku demam ni kerana aku letih menjaga budak-budak. Tapi, tak tahulah kalau kena denggi ke pasal kan kawasan Taman Alam Megah ni kawasan hitam. Sebab tu, mak aku kata "kalau esok demam lagi kita pergi klinik...". Dan kalau korang nak tahu, mak aku dan pakcik aku pun demam jugak. Cuma mereka demam aje dan takde penyakit sampingan. Petang tadi mak aku kata mak aku akan bagi RM 80.00 sebagai upah pasal aku menjaga kanak-kanak dan tolong mak aku berniaga. Duit tu juga merupakan hadiah untuk 8A aku hari tuh. Terima kasih, mak! Secara jujur aku bagitau, sebenarnya aku bukan nak sangat duit tu pasal aku tolong mak aku ikhlas untuk meringankan beban dia (i'm serious ,ok?). Tapi, mak aku beria-ia nak bagi, so aku pun ambillah agar dia tak kecil hati dan insya-Allah duit tu aku akan gunakan untuk perkara yg berfaedah. Korang dah tengok filem A2DC? Aku tengok kat VCD je. Bulan 12 tahun lepas lagi aku dah tengok. Kat wayang pulak  16hb. nih baru nak main. Kat Indonesia pulak tahun 2001 lagi dah tayang. Lambatnya kita, kan? Lagi satu tambahan, aku rasa Betty esok lastlah...Macam ya aje..Ya ke? Dan apa pula akan terjadi pada Rosalinda? Aku nak tengok tapi hari Isnin ni kena balik asrama (kecuali kalau aku sakit masa hari tuh..hehe..). Jadi, kalau ditakdirkan aku tak dapat tengok Rosalinda, atau Betty kalau Betty habis lambat...korang e-mellah aku ye ceritakan apa yg berlaku...please... Sebelum terlupa, tadi aku tengok VCD Mami Jarum. Aku tak nafikan yg cerita tuh memang lawak perabih, tapi korang tak terfikir ke yg cerita macam tu menunjukkan macam bangsa kita nih bangsa yg buruk perangainya. Suka mengumpat org, memfitnah org. Bukan aku tujukan kepada semua org Melayu tapi kepada segelintir sahaja. Macam cerita Pak Pandir, Lebai Malang dan yg seangkatan dengannya. Nampak macam org Melayu nih bodoh, bernasib malang, dan lurus bendul. Fikirkanlah...

Jangan Mengumpat, Jangan Mengata, Kena sendiri punya muka, Nanti malu tak terkata...!!!

KHAMIS, 16 JANUARI 2003, 8.34 MALAM 

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN