15 JANUARI 2003

Wah! Sedar tak sedar sudah lebih 100 orang papan kiraan aku mencatatkan kemasukan pelawat. Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka yang melawat laman ini walaupun laman ini agak buruk berbanding laman-laman lain (cheh...merendah dirilah tu). Terima kasih juga kepada mereka yang sudi membaca jurnal aku. Sebenarnya, menulis jurnal memberi satu kepuasan kepada diri aku berbanding menulis di dalam diari biasa. Kenapa? Kerana apabila aku menulis jurnal online, aku dapat rasakan seolah-olah mereka yang membaca jurnal aku itu dapat memahami perasaan aku ini. Seolah-olah aku sedang berkata-kata dengan mereka. Ini membuatkan aku tidak berasa sunyi. Di kesempatan yang ada (sementara aku masih ingat) terima kasih kepada mereka yang telah memberi nasihat kepada aku di dalam buku tamu. Aku benar-benar menghargai nasihat kalian. Haa!! Berita terbaru. Tahniah kepada Hijz kerana dia berjaya mendapat tawaran untuk memasuki SBP di Penang! Bila dah sambung studi kat sana, studilah molek-molek biar result SPM 2004 pun molek! Hari ini apa cerita best hah? Entahlah, aku pun tak tahu apa yang best hari ini pasal setiap hari hanya benda yang sama yang aku lakukan. Tak sabar pulak rasanya nak balik ke asrama. Haa..ada pun cerita best...cerita yang best tu ialah satu cerita yang berlaku pagi tadi. Ok...ceritanya begini. Pagi tadi, mak aku (seperti biasa) ambil kanak-kanak balik dari taska yang terletak di dalam bangunan SK Alam Megah Dua. Bukan ramai pun..3 orang je pasal mak aku tak larat nak bawa ramai-ramai. Itupun anak kenalan. Adalah sorang anak kawan mak aku ni (yg merupakan regular customer utk belian nasi lemak). Nama dia Ziyad. Masa kat taska dia tu, mak aku dan aku cari tapi tak jumpa. Bila rasa macam dah takde harapan nak jumpa, aku dan mak aku pun decide nak pergi rumah si Ziyad tu pasal ada sorang kawan dia (naik kereta mak aku juga) kata dia naik van kaler kelabu. Mak aku pun panik gilerlah! Apa lagi. Zoom!! Sampai kat rumah Ziyad, mak dia kata dia belum balik dan mak dia bertambah panik dan gelisah bila mak aku kata kawan dia kata dia naik van (huh..ayat...ber'kata'). Mak aku pun gelisah jugak lah pasal itu anak org dan itu sudah menjadi tanggungjawab mak aku pasal mak aku yang kena hantar dia balik rumah. Mak dia pun call bapak dia dan bapak dia kata dekat mak dia yang bapak dia 'on the way home' (power tak ayat aku?). Mak aku pulak dah jumpa van kelabu tu tapi pasal dari arah bertentangan...terlepaslah. Pada masa yang sama, mak si Ziyad ni pulak berlari ke jalan untuk mengarahkan driver van tu suruh berhenti tapi driver van tu tak perasan. Bila mak aku sampai ke perkarangan rumah Ziyad, kami nampak van putih. Ingatkan itu van dia...so, mak aku pun nak pastikanlah (supaya minyak kereta yg sememangnya dah nak habis tu tak habis). Mak dia pun keluar dan mak dia kata "Ziyad ada kat kantin..dia rayau-rayau". Huh...buat suspen je. Rupanya dia pergi kantin, rayau-rayau, masuk kelas, keluar kelas. Bapak dia yg jumpa dia pasal bapak dia gi sekolah nak check balik. Hai budak Ziyad ni...Menghabiskan minyak kereta mak aku je..hehehe...So, nasihat kepada ibu ayah, abang kakak, nasihatkanlah kat anak-anak atau adik-adik anda supaya jgn sesekali merayau lepas balik sekolah atau naik kenderaan orang yang tak dikenali..Ok? Adik aku dah blah dah dari bilik comp. pasal nak tengok SENARIO...So...tinggallah aku sengsorang si sini...

Gambar masa bercuti kat Penang sempena cuti penggal tahun lepas (sorry gambar tak clear sgt)

Depan dari kiri : NINA SEPUPU AKU (jaket biru), IJAT ADIK AKU (baju belang kuning), MY STEP MOM AND HER DAUGHTER, IDZATTI ADIK AKU (pegang belon merah)

Belakang dari kiri : AKU, IN ADIK AKU (bertudung putih), NADIA SEPUPU AKU (berbaju merah)

RABU, 15 JANUARI 2003, 9.19 MALAM 

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN