14 JANUARI 2003

Malam semalam aku surf internet dekat bilik komputer rumah aku. Aku baru je nak melawat jurnal-jurnal org lain dan aku ingat nak letak tag-board kat site nih (tapi tag-board tu aku cancel pasal takder page yg sesuai nak diletakkan tag-board tuh), tiba-tiba aku terdengar bunyi benda jatuh kat luar rumah. Tapi takder apa-apa. So, aku anggap  "it's just my imagination because there's nothing outside". Jadi aku teruskanlah pelayaran aku di alam tanpa sempadan sehingga mencecah jam 12.00 tengah malam. Kalau dulu-dulu aku memang biasa surf sampai pagi terutama kalau bulan puasa. Terus sahur je. Tapi sejak ada bilik komputer asing nih (yang kedudukannya jauh drpd bilik lain) menyebabkan ia agak terpencil dan sunyi kalau malam-malam. Tambahan lagi, orang kat tempat aku tinggal ni hampir semuanya tidur awal. Semalam aku check laman jurnal orang lain. Hebat-hebat belaka laman mereka. Lepas tu, si Hijz tu Insya-Allah akan masuk MRSM. Cuma di sini ada sedikit cerita berkenaan SBP dan MRSM. SBP bawah KPM dan MRSM bawah MARA. (Wei..semua orang tahulah! - pembaca) dan pelajar SBP diambil daripada mereka yang dapat markah tinggi dalam UPSR dan PMR manakala MRSM mengambil baki-bakinya sahaja (sumber : YAB Menteri Pendidikan masa lawat sekolah aku thn lepas). Tapi, kenapa bila diumumkan sekolah terbaik seluruh negara utk exam PMR dan SPM, selalu aje MRSM dapat yang atas-atas. SBP mesti kecundang di bawah MRSM sampaikan ramai best student memilih utk masuk ke MRSM berbanding SBP. Tahu tak kenapa? Pasal pelajar SBP ego! Aku sendiri ada pengalaman berhadapan dengan mereka (pasal aku student SBP). Macam malam-malam, kalau kat surau tu, bila ustaz bagi ceramah, kuliah dan yang seumpamanya...budak-budak SBP buat tak paham dan bercakap-cakap dalam surau seolah-olah ilmu mereka dah cukup sangat. Itulah yang dikatakan oleh Tuan Pengetua sekolah aku. Jadi, janganlah kita ego dalam menuntut ilmu kerana mungkn kerana ego itulah akan menyebabkan kita kecundang...

List barang yg nak dibeli utk keperluan asrama:

Bedak, sikat, sabun, syampu, baju sekolah, tali pinggang, sd, stokin hitam, t-shirt 2, gel rambut, songkok, liquid paper, r..., baldi, bekas sabun, ubat gigi, dan berus gigi baru...

Inilah gambar projek kerajaan yang dibuat di padang permainan betul-betul di sebelah rumah aku yang telah menyebabkan air bertakung dan menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes...

SELASA, 14 JANUARI 2003, 3.58 PETANG

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN