13 JANUARI 2003

Baru semalam aku buat keputusan untuk terus tinggal di asrama tapi hari ini aku dah berubah fikiran iaitu aku nak kembali ke sekolah biasa yang mempunyai pelajar berbilang bangsa kerana sepanjang tiga tahun aku belajar di SBP yang majoriti penuntutnya adalah Melayu, saingan yang dirasakan adalah amat kecil kerana kita bersaing dengan mereka yang sebangsa dengan kita sendiri sebaliknya jika aku bersekolah di sekolah biasa, aku terpaksa bersaing dengan bangsa asing menjadikan saingan yang berlaku bertambah hebat. Betul tak? Aku tahu bahawa ayahku pasti tidak menyetujui rancanganku ini tapi aku akan cuba berterus terang dengannya kerana aku tidak sanggup mengambil risiko kerana jika aku terus bersekolah di sekolah tu, aku terpaksa mengambil 12 subjek untuk SPM 2004. Mungkin aku boleh jika aku mahu...tapi aku tak mahu! Tapi takpelah...duduk asrama pun best gak...kan? Hari ini takder apa-apa special yg berlaku cuma aku teringat peristiwa masa Juara Lagu malam semalam. Salah sorang ahli kump. Exist jatuh masa meng'intro'kan diri dekat Juara Lagu tu. Ish...kalau aku malu tak terkira! Satu Malaysia tengok...Sian dia...Oh ya! Sebelum terlupa, terima kasih bebanyak sangat kat Hijz (ada disebut dalam catatan 12 Januari 2003) pasal tolong aku menghapuskan banner Tripod yg sememangnya mencacatkan dan melambatkan loading laman nih. Semoga persahabatan yg terjalin ini kekal walaupun dah masuk MRSM ye?

    

Keadaan rumah ayah aku dan mak tiri aku di Kota Kemuning yang telah dipecah masuk pada penghujung tahun lepas. 

.::Gambar kiri - Grill dapur dikopak::.   

.::Gambar kanan - Barang-barang di master bedroom diselongkar::.

ISNIN, 13 JANUARI 2003, 1.35 PETANG

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN