12 JANUARI 2003

Alhamdulillah, hari ini aku masih boleh bernafas, masih boleh melihat kebesaran Allah dan memuji ciptaan-Nya. Malam semalam aku baca jurnal Bluehikari bertarikh 10 Januari 2003. Dia menyentuh tentang demam denggi yang semakin berleluasa sekarang. Bila aku baca saja jurnalnya tentang demam denggi itu, tak semena-mena hatiku tersentuh apabila mengingatkan kejadian yang berlaku di kawasan perumahanku, Taman Alam Megah, atau lebih khusus lagi di jalan rumahku, Jalan Tanjung Layang. Kalau ada sesaper yang nak tahu, dekat jalan rumah aku tu, dah 2 orang maut akibat denggi. Sorang tu kanak-kanak India yang berumur 10 tahun, satu sekolah dengan adik aku iaitu kat SK Alam Megah (3). Yang sorang lagi memang aku kesian sangat kat dia pasal dia ialah adik kepada sahabat baik aku...cuma selang beberapa rumah aje dengan rumah aku. Umur baru 4 tahun, tapi Allah lebih sayangkan dia. Masa dia masih hidup lagi, setiap pagi, bila mak dia siram bunga, dia mesti berbogel kat depan rumah. Sebenarnya, Shah Alam memang dah di 'blacklist'kan sebagai kawasan yang mempunyai banyak nyamuk Aedes. Malah, kawasan Taman Alam Megah ni merupakan kawasan hitam kerana banyak kes demam denggi yang telah dilaporkan. Jiran sebelah rumah aku pun kena denggi juga. Seminggu masuk wad kat Selangor Medical Center, Shah Alam. Semalam, ada seorang auntie berketurunan India cerita kat aku ngan mak aku yang jiran dia ni dah kena denggi berdarah. Dah kritikal dah. Tapi dia kata jiran dia tu sekarang dah sihat dah. Dia kata memang miracle betul. Yang aku peliknya, walaupun kawasan ni dah banyak kes denggi dilaporkan, tapi PBT tak ambil apa-apa tindakan pun untuk mencegah keadaan daripada menjadi semakin buruk. Bayangkan, semburan racun nyamuk terakhir dilakukan 3 bulan yang lepas. Lepas tu dah takde dah sedangkan kami para penduduk Taman Alam Megah bersama Rukun Tetangga fasa masing-masing dah buat macam-macam untuk mengelakkan nyamuk Aedes daripada terus membiak. Semua keluarga hidup dalam ketakutan. Aku harap mereka akan sedar lepas ni akan tanggungjawab yang mereka pikul. Lepas tu, malam semalam aku dah buat keputusan..."Aku akan terus tinggal di asrama! Semua orang berebut-rebut nak masuk asrama, jadi aku tidak sepatutnya berfikir untuk keluar dari asrama." Malam semalam aku lawat website Hijz (link dia nanti aku letak pasal aku terlupa url dia-sorry) dan aku amat terkejut pasal dia sebaya aku, tapi laman dia...fuh...lebih canggih. Aku memang respect habis kat dia. Dahlah dapat 8A, pandai bidang IT pulak tu. Bolehlah aku belajar ngan dia...hehe...Errm...yang midi WS (Jurnal 11 Januari 2003) aku dah test malam semalam dan Alhamdulillah...berjaya. So, kepada kipas-susah-mati WS, kalau nak midi lagu-lagu dia, klik dekat jurnal 11 Januari 2003. 

Firman Allah yang bermaksud " Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia" - Al-Kahfi : 46

AHAD, 12 JANUARI 2003, 11.10 PAGI

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN