11 JANUARI 2003

Malam semalam aku tengok Spirited Away sekali lagi walaupun dah tengok hari Rabu, 8 Januari hari itu. Bagi aku, walaupun cerita dia ada yang tak boleh kita amalkan (kerana cerita tu ada menyentuh tentang kepercayaan orang Jepun) tapi plot cerita tu yang berkisar tentang kisah Chihiro yang terpaksa melalui pelbagai rintangan demi menyelamatkan ibu dan ayahnya yang telah ditukar menjadi khinzir dan bagaimana kasih Chihiro terhadap sahabatnya Haku telah membawanya merantau untuk bertemu dengan kakak kembar Yubaba demi menyelamatkan nyawa Haku amat baik untuk ditontoni oleh semua kanak-kanak agar mereka tahu betapa pentingnya ibu bapa terhadap mereka semua. Tambahan pula, di zaman yang serba moden ini, anak-anak tidak sanggup lagi untuk berkorban demi ibu bapa mereka. Tetapi, lihatlah bagaimana Chihiro yang lebih sanggup untuk bekerja dengan Yubaba asalkan dia dapat menyelamatkan kedua orang tuanya dan kembali ke dunia asal. Sifat seperti itulah yang perlu ada pada semua kanak-kanak agar mereka tidak mementingkan diri sendiri dan menjadi anak derhaka. Na'uzubillah! Petang semalam aku upload jurnal 10 Januari dan sementara jurnal tu di'upload', aku check guestbook laman jurnal ini dan Alhamdulillah kerana ramai lagi pelawat yang telah memberi pandangan terhadap laman jurnal ini. Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mencoretkan pandangan terhadap laman ini kerana sedikit sebanyak pandangan-pandangan tersebut dapat mendorong aku agar terus aktif dalam bidang penulisan jurnal ini. Sebelum terlupa, aku harap para pembaca sekalian dapat mendoakan kejayaan aku dalam peperiksaan Bahasa Perancis yang aku ambil di sekolah. Result PMR dah tahu dan sekarang ni aku tengah menunggu result exam tu yang dinamakan peperiksaan DELF A1. Emm...sebenarnya aku perlukan pendapat korang semua pasal sebenarnya aku tengah mengalami dilema. Memang tidak dinafikan tinggal di asrama banyak mengajar aku tentang hidup berdikari, banyak mengajar aku membahagikan masa untuk belajar, bermain, menonton televisyen dan banyak perkara lagi. Malah, tidak aku nafikan belajar di SBP telah mendorong aku untuk terus berjaya dalam kehidupan. But the problem is, aku kesian dekat mak aku sebab dia ada banyak kerja di rumah. Kalau aku duduk di rumah dan bersekolah dekat sekolah harian, at least aku dapat ringankan beban yang dialami oleh mak aku. Memang ayah aku tak bagi keluar asrama, mak aku pun selalu kata "Takpelah...mak buat semua kerja ni pun untuk korang semua. Yang penting Iwan belajar, ya?". Tapi, hati aku selalu tak tenteram bila kat sekolah. Malah, kata-kata mak aku tu bila aku kenang kat sekolah, lagi sayu rasanya hati aku. Memang aku tahu aku berjaya dapat 8A PMR, aku dah tinggal kat asrama dari form 1 sampai form 3 tapi tak semua orang tahu bahawa saat yang aku lalui semasa di asrama adalah sangat membebankan dan sangat menyeksakan batin diriku ini. Tambahan pula, terdapat segelintir rakan aku yang dengki dekat aku kerana aku rapat dengan guru. Bila aku menang sesuatu pertandingan, mereka menganggap aku menang kerana aku baik dengan cikgu, bukan kerana memang aku benar-benar layak dengan kemenangan itu. Tapi, aku tetap sabar dan tidak mengendahkan tuduhan yang dilemparkan oleh golongan minoriti itu. Sebab itulah aku masih boleh survive tinggal di asrama selama 3 tahun. Tapi, yang tak bestnya pulak ialah kalau aku keluar asrama, aku terpaksa meninggalkan rakan-rakan aku yang dah 3 tahun makan sama-sama, pergi sekolah sama-sama, pergi bilik air sama-sama dan segala-galanya sama-sama. Malah, aku terpaksa meninggalkan sahabat-sahabat aku dan sahabat baik aku. Jadi, macam mana sekarang? Inilah yang dinamakan dilema...

P/s:  Kalau ada sesaper yang nakkan midi WS, cuba klik di sini...

SABTU, 11 JANUARI 2003, 11.58 PAGI

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN