10 JANUARI 2003

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana aku masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini. Jadual aku hari ini sama macam hari-hari sebelumnya. Cuma hari ini ada Solat Jumaat. Aku tertarik dengan khutbah yang disampaikan oleh khatib Masjid Al-Munawwarah (masjid di kawasan rumah aku) tengah hari tadi yang menyentuh soal KEZALIMAN. Aku pun terfikir juga, mengapakah setiap tragedi buruk yang membabitkan kematian bangsa asing dikaitkan dengan agama Islam. Tidak cukup dengan WTC, Pentagon, dan yang terbaru letupan bom di Bali, semuanya dikaitkan dengan Islam walaupun belum terdapat bukti yang nyata sehinggakan mereka yang bukan beragama Islam menganggap Islam sebagai agama bagi para pengganas, agama bagi mereka yang zalim dan agama bagi golongan penindas. Mengapakah pihak Zionis tidak dilabelkan sebagai pengganas? Sedangkan sudah terdapat bukti yang nyata bahawa mereka menindas rakyat Palestin yang beragama Islam. Mengapakah pihak AS tidak dilabelkan sebagai pengganas? Adakah kerana mereka mempunyai kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB? Atau adakah kerana mereka mempunyai peralatan peperangan yang canggih sehingga digeruni oleh satu dunia? Mengapakah hanya Islam dipersalahkan dan sampai bilakah perkara ini akan berterusan? Fikirkanlah... Malam semalam, aku check guestbook laman ini dan Alhamdulillah ada 2 coretan daripada tetamu yang mengunjungi laman ini. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka berdua iaitu Rudy Bluehikari dan Elaira. Lepas tu baru sekejap tadi Ahmad Khair telefon dan dia beritahu aku yang rupa-rupanya ramai lagi yang tak balik ke sekolah lagi. Yang dah balik (budak putera @ lelaki sahaja) baru 20 orang. Yang lain semua ada dekat rumah lagi. Jadi betullah firasat aku yang mesti ramai pilih masuk lewat punya. Dah diberi pilihan mestilah pilih pilihan yang terbaik...kan? Sebelum aku lupa, pagi tadi pulak, 2 kanak-kanak yang mak aku jaga bergaduh. Yang sorang tu umur baru 3 tahun, muka pun comel tapi perangai..huh...(paham-paham jelah kan...)...2-2 tu lelaki...Yang sorang lagi pulak, orang panggil Dik Bab pasal dia 'debab'. Masa tu, aku tengah nonton televisyen. Yang muka comel tulah start dulu. Dia nak gula-gula tapi Dik Bab tak bagi. Dia pun tolak Dik Bab sampai kepala Dik Bab tu terhantuk kat pasu yang ada di halaman rumah aku. Bunyinya kuat giler! "Gedebuk"...Haa...lebih kurang camtulah... Emm. Oklah. Aku rasa setakat ini sahaja untuk hari ini. Di bawah ini adalah petikan daripada lagu 'Anak Soleh' dendangan UNIC. Masa aku dengar lagu 'Anak Soleh' kat sekolah aku, aku rasa sedih sangat. Maklumlah tak duduk sekali dengan keluarga. Bila dengar lagu ni barulah aku tahu setakat manakah aku telah menggembirakan keluarga aku dengan sifat aku...samada soleh ataupun tidak...

JUMAAT, 10 JANUARI 2003, 6.28 PETANG

SILA KLIK TANDA CLOSE  []  YANG TERDAPAT DI ATAS  UTK MENUTUP CATATAN INI

KEMBALI KE MUKA HADAPAN